Monday, 11 July 2011

Seketika bertemu "KEKASIH ALLAH".....

Assalamualaikum & salam sejahtera.... lama dh x jenguk kt laman ni...Alkisah...kelmarin 11 Julai 2011 bersamaan 9 Sya'aban terjadi satu peristiwa yang tidak disangka-sangka, pada hari tersebut ayom berpuasa, selepas solat fardu Asar ayom membelek-belek buku "Indahnya Hidup Bersyariat" nukilan Ustaz Ismail Kamus...ayom terus buka muka surat yg ada selawat, macam- macam jenis selawat ada ( x ingat muka surat berapa), ayom pun baca, disebabkan bacaan ayom merangkak-rangkak (macam kura-kura) ayom mengambil keputusan untuk membaca terjemahannya sahaja, seingat ayom masa tu ayom baca terjemahan Selawat Tafrijiyah...Semasa ayom mengelipkan mata ayom terlihat kelibat bayang  putih yang bercahaya, lantas didalam hati ayom berkata "Rasulullah", sewaktu itu ayom terlihat di bahagian muka bayang yg bercahaya itu sekuntum senyuman lantas banyang tersebut hilang...Siapakah gerangan kelibat yang bercahaya itu???? Hanya Allah yang Maha mengetahui.....

No comments:

Post a Comment